Hmmm...Dah hampir setahun jugak aku berhijrah ke Kuala Lumpur selepas bertukar kerja..Tak sangka cepat betul masa berlalu..Mula2 melapor diri kat ofis baru terasa sgt bezanya..Yelah, dulu ofis sekangkang kera je luasnya..Sekarang, bangunan ofis pun besar dan grand..Terteleng gak leher aku mendongak masa lalu kat luar bangunan ofis..Kalau dulu berkongsi ofis dan PC, skang pun berkongsi bilik tapi lagi luas dan ada PC sendiri..Kalau dulu kami dua org je staff dan merangkap kuli, skang at least dh ada sorang staff..heheheh...
Tu antara part2 yang positif la..Yang part negatif (atau cabaran dan dugaan) pulak, kalau dulu bos kat HQ (kes happy tak jumpa bos hari2) tapi skang bos ada kat sebelah ofis je..BUKAN sorang bos, tapi RAMAAIIIIII...masing2 ada perangai dan kerenah yang perlu difahami...Kalau dulu kerjanya FUN dan GELAK manjang (walaupun ada gak tension2) tapi skang seriussss dan protokol je manjang (tapi kat ofis aku TETAP gelak dan dok kacau semua orang)..Kalau dulu KPI yang dh settle tak yah nk pikir lagi, skang ni kejenya TAK HABIS2,BERTAMBAH SETIAP HARI SAMPAI MENIMBUN ATAS MEJA DAN LANTAI..belum lagi isu2 yang tak terkejar untuk diselesaikan..Meeting je dh mcm perkara biasa dan tak diherankan sgt..SOKMO je meeting..Kalau dulu jarang balik lewat (kecuali ada program atau event), skang ni HARI2 balik lewat..opis dh macam RUMAH KEDUA. Terasa mcm takde life pulak...
TAPI....
Apa2 pun positif dan negatifnya, aku akan cuba tempuhi jugak..Sebab ni adalah cabaran dan dugaan yang sepatutnya aku jangka bila aku resign dari Petrosains Sdn. Bhd. Semoga aku akan terus tabah dan gigih di masa akan datang..*Poyo giler kan??
*Lama tak tulis blog
klinik imam - saharil conteng
-
untuk ulama'-ulama' segera.. - Diterbitkan pada 24 Feb 2012 (Jumaat).
Permalink: http://saharil.com/?e=1386_klinikimam
2 days ago
6 comments:
Fuyooo.. ada update. Macam tak caya jer Josh baca.
Alaaa, kerja manalah takde cabarannyer? Nak tukar kerja ngan Josh? Jom.
Josh: Percayalahh..*tarik key lagu Siti Nurhaliza..
Memang le semua keje ada cabaran dia..I try my best to overcome it..huhuhu
lama tak singgah sini... tgk2 dah update. layout pun baru
ermmm, tuu laa... dah lama tak lalu kat petronas kat tmn u. mesti teringat mkn siput sedut kat situ...
AJ: Tu la..busy dan takde benda sgt yg nk update kat sini...
PlaySmart dh takde kat Petronas Taman U tu..Dah pindah ke Perpustakaan Awam JB Jln Yahya Awal..LAGI BESAR dan CANGGIH..bwk le anak2 sedara dan anak2 murid ke situ..Jamin tak rugi...
lah..siannya dia..busy memanjang..
all the best to you ye yazz..
senang2..boleh kita jumpa...
Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:
Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.
Post a Comment